berkongsi tentang pengarang dan pujangga yang anda kenali
dalam blog ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca dengan apa-apa yang berkaitan dengan dunia penulisan melalui berkenalan pujangga, penulis, pemikir dan pengarang yang unggul. pada saya orang yang menulis buku, kebanyakkannya mempunyai daya intelektual dan kesungguhan untuk memperjuangkan sesuatu. bezanya mereka ini berjuang melalui penulisan dan pengkaryaan. tidak mereka atas apa alasan dan tujuan penulisan mereka, sememangnya mereka memang memiliki keberanian yang unggul untuk melalui jerih payah menegakkan sesuatu yang difikirkan membina. saudara pembaca barangkali tidak ada masalah mencadangkan penulis yang saudara kenali dan hormati di sini. selamat melayari alam pujangga dan pengarang dunia.

2 Comments:
Sdr Ydh: Bagus juga blog sebegini. Hanya hati-hati jangan sampai usaha Sdr dieksploit penciplak dan Sdr letih sia-sia.
Saya selalu memerhati dan menyokong usaha baik seperti dilaksanakan Sdr ini.
Teruskan.
By
SATIRA + KACAU, at 12:12 PM
Sdr Ydh:
terima kasih kerana memberi sokongan.
terima kasih.
By
fadzil yusof, at 6:45 AM
Post a Comment
<< Home